KUALA LUMPUR- Polis Diraja Malaysia menahan 249 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 248 orang telah dikompaun dan seorang ditahan direman.
Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (132), tidak memakai pelitup muka (63) dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (54).
“Sebanyak 2,777 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 12,489 anggota telah membuat pemantauan di 3,549 pasar raya, 4,761 restoran serta 1,794 penjaja, 1,144 kilang, 3,321 bank dan 548 pejabat kerajaan.
“Juga dipantau, sebanyak 962 terminal pengangkutan darat, 245 terminal pengangkutan air serta 111 terminal pengangkutan udara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, seramai 46 pendatang asing tanpa izin dan dua tekong telah berjaya ditahan dalam Operasi Benteng, semalam.
Selain itu, pihak berkuasa juga berjaya merampas lapan kenderaan darat.- MalaysiaGazette