Home Dunia Kes jangkitan Covid-19 di India lepasi 10 juta

Kes jangkitan Covid-19 di India lepasi 10 juta

India meningkatkan ujian saringan koronavirus kepada penduduk New Delhi sejak kebelakangan ini. foto Agensi

NEW DELHI – Jumlah Covid-19 India melepasi 10 juta pada hari Sabtu kepada 10.004.599 dengan 25,152 kes baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam, menurut Kementerian Kesihatan.

Menurut data, jumlah kematian pula meningkat kepada 145,136 orang.

Masih terdapat 308,751 kes aktif di negara ini, sementara 9,550,712 orang telah dibenarkan keluar hospital setelah menjalani rawatan perubatan.

Sementara itu, kerajaan telah meningkatkan kemudahan ujian Covid-19 di seluruh negara dengan 160,090,514 ujian telah dilakukan hingga hari Jumaat, yang mana 1,171,868 ujian dilakukan pada hari Jumaat sahaja, kata data terbaru yang dikeluarkan oleh Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR).

New Delhi telah menjadi salah satu tempat yang paling banyak dijangkiti Covid-19 di negara ini.

Sebanyak 1,418 kes baharu direkodkan pada hari Sabtu dengan 37 kematian didaftarkan di ibu negara dalam tempoh 24 jam dan setakat ini sebanyak 10,219 orang meninggal dunia akibat virus ini di New Delhi. – MalaysiaGazette

+ posts