Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung perbincangan pengagihan kerusi pilihan raya di antara UMNO dan PAS tidak lagi membabitkan dua parti itu kerana PAS sudah secara rasmi menyertai Perikatan Nasional (PN) mungkin telah di salah ertikan.
Menurut Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, Asyraf yang juga Ketua Pemuda UMNO tidak bermaksud UMNO tidak akan berunding dengan Pas berhubung pembahagian kerusi.