Home Sukan Pingat emas buat Azizulhasni, Shah Firdaus rangkul pingat gangsa

Pingat emas buat Azizulhasni, Shah Firdaus rangkul pingat gangsa

Gambar yang dimuat naik menerusi Twitter Team Malaysia menunjukkan Azizuhasni dan Shah Firdaus merangkul pingat pada Kejohanan Kejuaraan Nasional Australia

KUALA LUMPUR – Pelumba basikal negara Azizulhasni Awang meraih pingat emas pada Kejohanan Kejuaraan Nasional Australia yang berlangsung hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Team Malaysia menerusi Twitter sebentar tadi.

Turut mencapai kejuaraan di tempat ketiga adalah pelumba kedua negara, Shah Firdaus Shahrom yang meraih pingat gangsa dalam acara keirin.

“Pingat Emas untuk #ThePocketRocketMan dan pingat gangsa untuk @shahfirdaus95 di #Aus.

“Mereka beraksi tadi di Australia National Championship dalam acara keirin. Well donelah, guys,” demikian menurut makluman itu. – MalaysiaGazette