MINNESOTA – Seorang wanita didakwa kerana menembak mati teman lelakinya selepas tersilap langkah apabila aksinya yang dirakam untuk disiarkan di Youtube mengundang bencana.
Menurut pihak berkuasa, Monalisa Perez, 19, berkata, dia hanya mahu merakam video menembak ke arah sebuah buku yang sedang dipegang oleh teman lelakinya.
Katanya, dia melepaskan tembakan tersebut dari jarak kira-kira 30 sentimeter dengan menggunakan pistol 0.50-calibre Desert Eagle, pistol paling berkuasa yang pernah dibuat.
Menurut pihak berkuasa, teman lelaki Monalisa, Pedro Ruiz meninggal akibat kecederaan selepas ditembak di bahagian dada.
Dalam satu tweetnya pada Isnin lalu – sebelum kejadian tersebut berlaku, Monalisa ada membuat satu posting berbunyi: “Saya dan Pedro akan membuat pengambaran video paling bahaya. Ini idea dia (Pedro), bukan saya.” – MalaysiaGazette