Home Nasional Jualan tiket ETS, KTM Intercity tahun 2021 kini dibuka

Jualan tiket ETS, KTM Intercity tahun 2021 kini dibuka

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jualan tiket bagi perkhidmatan ETS dan KTM Intercity untuk tahun 2021 kini dibuka, menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Jualan tiket ini dibuka mulai 22 Disember ini pada jam 10 pagi.

Penjualan tiket bagi perkhidmatan itu adalah untuk perjalanan mulai 1 Januari hingga 31 Mac 2021.

Sebanyak 24 perkhidmatan ETS ditawarkan pada setiap hari manakala KTM Intercity masih mengekalkan 18 perkhidmatan sehari.

Tambahan lagi, jualan ini dibuka bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan awal terutama bagi mereka yang akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Selain itu, KTMB juga menawarkan dua perkhidmatan tambahan bagi tren ETS Busniess Class untuk laluan pergi balik KL Sentral-Butterworth menggunakan jadual waktu yang baharu.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal bagi menikmati kadar tambang lebih rendah dan penjimatan berganda.

Para pengguna disarankan membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KTS) atau menerusi laman sesawang KTMB.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu rasmi KTMB. – MalaysiaGazette