KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang menjadi tali barut dalam aktiviti melintasi sempadan negara secara tidak sah.
Timbalannya, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, sembilan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) telah didakwa atas kesalahan pemalsuan cap kemasukan bagi melintasi sempadan negara.
“Kita tidak bertolak ansur dengan mana-mana pihak termasuk tekong dan juga pegawai yang terlibat sebagai tali barut.
“Untuk pengetahuan YB, pegawai Jabatan Imigresen telah ditangkap seramai 38 orang dan jumlah yang telah didakwa sehingga 21 Disember adalah 9 orang,” jawab Ismail menjawab pertanyaan lisan Senator Idris Ahmad yang membangkitkan isu penangkapan pegawai-pegawai JIM atas aktiviti pemalsuan cap kemasukan.
Sebelum ini, beberapa pegawai termasuk termasuk seorang Timbalan Pengarah di KLIA ditahan berhubung pemalsuan cap kemasukan bagi melintasi sempadan negara.
Penahanan itu dibuat dalam Op Selat sejak 16 November lalu.
Menerusi tangkapan itu, 33 pegawai Imigresen yang bertugas di KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dan bangunan Sultan Ismail Johor Bahru.
Ekoran itu, empat kereta mewah iaitu Roll Royce Phantom, Mustang, Range Rover dan Audi dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 19 November lalu.
Op Selat tertumpu kepada siasatan siasatan berhubung kes sindiket rasuah urusan cop palsu di pintu masuk antarabangsa negara dan operasi. – MalaysiaGazette