Home Sukan Danial Amier milik JDT

Danial Amier milik JDT

Foto Johor Southern Tigers.
KUALA LUMPUR – Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasmi memperkenalkan pemain tengah baharu mereka, Danial Amier dalam satu majlis yang diadakan hari ini.
Pemilik kelab itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, Danial adalah seorang pemain yang memiliki semangat juang yang tinggi serta berani menyahut cabaran untuk berada dalam kelab itu.
“Kita semua juga tahu tough untuk berada dalam skuad JDT, ramai pemain-pemain yang hebat tetapi apa yang saya admire dengan pemain yang berada di sebelah kiri saya ini adalah the fighting spirit, berani dengan challenge yang akan dihadapi, dan saya rasa dia buat keputusan yang tepat untuk berada dalam the best club in the country.”
“Ada orang kata ini adalah bongkak, tetapi saya melihat perkara ini dari segi fakta. Sesetengah orang akan bersetuju dan sesetengahnya tidak. Semua orang tahu,” katanya yang juga Tunku Mahkota Johor.
Menurut TMJ, Danial dibawa masuk ke JDT dengan kontrak dua tahun terlebih dahulu walaupun beliau memiliki perancangan untuk menandatangani pemain itu selama beberapa musim.
Sementara itu, Danial memberitahu, dia terkejut sebab untuk mendapat pengiktirafan daripada Tunku Ismail yang jarang diperolehi pemain lain.
“Jadi ia menjadi sumber motivasi yang sangat tinggi untuk ubah diri, ubah mentaliti untuk sampai di mana Danial ada sekarang ini,” katanya.
Danial turut menjelaskan bahawa beliau sendiri sedar dan sedia maklum dengan kualiti pemain-pemain tengah yang ada di JDT sebelum menandatangani kontrak.
“Tetapi saya sendiri perlu keluar dari zon selesa, untuk pergi dekat satu team yang saya tahu boleh grow, dan develop diri saya. Jadi, saya perlu cabar diri saya untuk buktikan apa yang saya ada, berikan 100 peratus pada latihan dan perlawanan, InsyaAllah saya akan jadi pemain lebih baik.”
Menceritakan punca pemilihan ke JDT, Danial menjelaskan dia memiliki sebab tertentu.
“Saya ada ramai kawan-kawan yang dah berjaya di JDT, ramai yang memberikan feedback untuk saya datang kesini untuk grow. Dan JDT adalah satu pasukan yang saya sendiri nak jadi pemain profesional dan nak develop diri saya ke tahap paling tinggi dalam bola sepak,” katanya.
Ketika menjawab soalan media berkaitan adakah dia takut untuk berada dibangku simpanan apabila menyertai pasukan JDT, Danial ada jawapan sendiri.
“Kalau nak cakap pasal duduk di bench, kat mana-mana team pun kalau kita tak bagi 100% atau fight for the spot pun kita akan ada di bench. Danial sendiri pernah rasa duduk di bench masa di Felda United.”
“Di JDT cuma persaingan lebih kuat dan lebih banyak. Jadi, pasal duduk dibangku simpanan tu kalau Danial terlalu fikirkan benda tu, Danial tidak akan datang ke sini.
“Saya kena bekerja keras, kena bagi yang terbaik, insyaAllah kalau ada rezeki ada peluang akan dapat bermain dengan JDT,” katanya. – MalaysiaGazette
+ posts