KUALA LUMPUR – Sesi perjumpaan di antara keluarga penghuni bersama penghuni secara fizikal di seluruh institusi sempena sambutan Hari Krismas dibatalkan.
Namun, sesi perjumpaan ini digantikan dengan menggunakan aplikasi Skype dan juga perkhidmatan telefon pra bayar yang telah disediakan di seluruh institusi penjara.
Jabatan Penjara Malaysia berkata, langkah ini bagi mencegah penularan wabak Covid-19 ke dalam institusi penjara. – MalaysiaGazette