Home Politik Parti Muda tidak matang

Parti Muda tidak matang

Dzulhilmi Zainol

KUALA LUMPUR – Parti Muda yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kononnya mewakili suara anak muda perlu menunjukkan contoh dan tauladan yang baik.

Ia susulan tindakan parti itu yang mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya meluluskan pendaftarannya dengan kadar yang segera.

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor, Dzulhilmi Zainol berkata, desakan yang itu dibuat yang jelas tidak mencerminkan amalan budaya politik matang yang hendak diperjuangkan.

”Tindakan menggantung kain rentang sehingga mengganggu penglihatan pengguna jalan raya untuk melihat papan tanda merupakan tindakan yang terkutuk dan wajar dikenakan tindakan,” katanya di sini.

Menurutnya, protes yang dilakukan dengan menghimpunkan lebih dari 30 orang anak muda tidak sepatutnya berlaku dalam keadaan semua rakyat Malaysia sedang berusaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Syed Saddiq yang kononnya ikon anak muda di Malaysia wajar bertanggungjawab di atas beberapa langkah populis dan tidak cerdik seperti itu, ujar beliau. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. PKR Parti KHIANAT Reformasi…terlalu HEBAT ke??????

    Antara gah diungkap Anwar adalah, “Naik menang Putrajaya hari ini, esok angkat sumpah, 24 jam harga minyak turun.” Tetapi hakikat yang terjadi, sepanjang hampir setahun PH menerajui Putrajaya, harga minyak hanya sekali turun itupun cuma beberapa sen. Terlalu jauh dari janji yang pernah dibayangkan kepada rakyat selama ini.

    Bahkan penuh yakin, Anwar menempelak kebimbangan bankrap yang dialasankan pemerintahan BN untuk membatalkan hutang PTPTN. Anwar cukup sedih menzahirkan simpatinya kepada graduan yang cuma bergaji RM1,100 tetapi dikejar untuk tetap membayar hutang PTPTN. Malangnya di bawah pemerintahan PH, penghutang PTPTN tetap dihambat dengan pelbagai kaedah. Malah, gaji minimum yang diperjuangkan RM1,500 tetapi ditetapkan pada kadar RM1,100 oleh Kerajaan PH. Logiknya bagaimana graduan akan membayar hutang jika bergaji secupak itu?

    Tarif elektrik yang dibidas beliau menguntungkan kroni Umno, ditegaskan beliau dengan notis dua minggu untuk kadarnya diturunkan apabila menerajui Putrajaya. Tiba-tiba di bawah Kerajaan PH, rakyat sudah menerima ‘notis’ bayangan bahawa kadar tarif air pula bakal dinaikkan.

    Beliau juga lantang membidas hubungan kronisme pemimpin dahulu dengan konglomerat pengeluar gula dan pemilik stesen Astro yang didakwanya mahal. Adakah sejak PH berkuasa harga gula dan barangan lain turun, sementara pakej Astro semakin murah? Sebaliknya PH semakin mendapat liputan lebih baik daripada stesen tv berkenaan.

    Dan sekarang Meroyan GILA MAIN NOMBOR…dan MENIPU letak jawatan K Pembangkang jika GAGALkan belanjawan dan jatuhkan P N….terus berMUNAFIK,, ,SENDIRI KHIANAT manifesto..salahkan PIHAK lain.

  2. Wahh.. syed sadik piket korang kata tak cerdik. Dulu lupa ker pkr yg paling suka buat demo2 piket2 menyusahkan org lain?

  3. Samalah ngkorang berdua tu. Dah budaya gemg Pembangkang. Ludah ke langit jatuh ke muka sendiri juga. Ingat AMK PKR tu suci sangat kerr, sama saja basuh kencing tak bersih macam MUDA tu. HANCING!!!

Comments are closed.