Home Nasional Program Jualan Kembali ke Sekolah bantu rangsang ekonomi

Program Jualan Kembali ke Sekolah bantu rangsang ekonomi

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (kiri) beramah mesra dengan sebahagian anak-anak kakitangan KPDNHEP pada Majlis Pelancaran Program Jualan Kembali Ke Sekolah di KPDNHEP, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 23 DISEMBER 2020.

PUTRAJAYA – Pandemik Covid-19 tidak menjadi penghalang kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk terus menganjurkan ‘Program Jualan Kembali Ke Sekolah’ tahun ini.

Program yang mula dilaksanakan pada 2011 dengan kerjasama sektor peruncitan antaranya pasar raya dan syarikat pengeluar kelengkapan sekolah itu dijangka dapat merancakkan sektor ekonomi domestik yang kini agak suram.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, antara objektif program tersebut adalah untuk membantu pengguna khasnya ibu bapa mendapatkan keperluan sekolah anak-anak mereka pada harga promosi lebih-lebih lagi  ketika menghadapi kehidupan yang mencabar pada masa ini.

“Melalui program ini, semua pasar raya dan syarikat pengeluar barangan kelengakapan sekolah seperti pakaian seragam, buku, dan alat tulis diseru untuk menawarkan  potongan harga istimewa.

“KPDNHEP juga telah permudahkan proses permohonan jualan murah kepada peniaga, mereka hanya perlu kemukakan ‘Notis Jualan Murah’ melalui aplikasi My Sales Tracker dan tempoh 24 jam peniaga sudah boleh lakukan jualan murah.

“Kita juga diberikan tanggungjawab bagi melaksanakan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dan Program Jualan Malaysia (PJM) untuk perkasa serta pulihkan ekonomi negara,” katanya selepas melancarkan Program Jualan Kembali Ke Sekolah di sini hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (tengah) bermesra dengan dua kanak-kanak, Aireen Amani Che Razali (dua kiri) dan Muhammad Syabil Qushaiyyi Samri (dua kanan) pada Majlis Pelancaran Program Jualan Kembali Ke Sekolah di KPDNHEP, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 23 DISEMBER 2020.

Antara yang terlibat ialah AEON Big, Mydin, The Store, Canggih dan Pusat Pakaian Hari-Hari yang mana syarikat telah membuka gerai menjual kelengakapan sekolah di pekarangan KPDHEP bermula hari ini hingga esok.

Memurut Alexander, program tersebut juga merupakan salah satu inisiatif strategik untuk meransang dan merancakkan semula pertumbuhan ekonomi domestik melalui sektor peruncitan.

Sementara itu, Alexander mengumumkan inisiatif baharu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ‘Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin’ (SPPP) yang berkuatkuasa hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (dua kanan) mengenakan baju sekolah pada salah seorang anak kakitangan KPDNHEP, Muhammad Ariff Daniel Shamsor (tengah) ketika Majlis Pelancaran Program Jualan Kembali Ke Sekolah di KPDNHEP, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 23 DISEMBER 2020.

Menerusi skim itu, SSM memperluaskan tawaran khusus di bawah Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan (S1P1P) kepada golongan belia dan ibu tunggal dalam kategori pendapatan B40 bagi mendaftar perniagaan secara percuma.

“Kita harap inisiatif ini dapat dimanfatkan oleh golongan ini sekaligus mampu mengurangkan bebanan yang dialami ketika pandemik dan ekonomi suram ketika ini,” ujarnya. -MalaysiaGazette