Home Nasional Tekanan angin tayar rendah punca gerabak monorel meletup

Tekanan angin tayar rendah punca gerabak monorel meletup

Perkhidmatan monorel di Stesen Maharajalela di sini tergendala pagi ini selepas salah satu gerabaknya terbakar.- Gambar ihsan Bomba KL.

KUALA LUMPUR –  Perkhidmatan monorel Rapid KL terganggu pagi ini apabila satu daripada 64 tayar yang digunakan oleh satu tren empat gerabak telah meletup dan kemudiannya terbakar.

Kejadian itu dipercayai berlaku kerana tekanan angin tayar yang rendah.

”Tiada penumpang yang cedera kerana semua selamat diturunkan di Stesen Maharajalela sebelum kebakaran itu berlaku kira-kira 7.15 pagi ini,” menurut satu kenyataan Rapid Rail, pengendali perkhidmatan Laluan Monorel Rapid KL.

Menurutnya, pasukan Bomba dan Penyelamat tiba pada jam 7.25 pagi dan kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada pukul 8.56 pagi.

Untuk kemudahan para pelanggan, perkhidmatan tren ulang-alik diaktifkan pada 7.38 pagi untuk perkhidmatan antara Stesen Titiwangsa dan Stesen Hang Tuah.

Pada masa yang sama, perkhidmatan van perantara percuma turut disediakan untuk membawa penumpang antara Stesen Monorel KL Sentral, Tun Sambathan dan Maharajalela.

”Tren berkenaan ditunda keluar daripada Stesen Maharajalela pada jam 10.59 pagi ke Depoh untuk siasatan lanjut dan para penumpang yang terjejas telah ditawarkan kupon bayaran balik yang boleh dituntut di semua kaunter Monorel KL.

Rapid Rail memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kenapa tak pakai tayar mati je tak payah isi angin . Kereta tolak rumah aku pakai tayar mati je ok pun

Comments are closed.