Home Dunia Dr Susan dakwa tidak diberi rawatan Covid-19 kerana kulit hitam

Dr Susan dakwa tidak diberi rawatan Covid-19 kerana kulit hitam

Dr Susan Moore

INDIANA – Seorang doktor meninggal dunia yang disahkan dijangkiti Covid-19 meninggal dunia selepas beliau mendakwa dinafikan rawatan disebabkan bangsanya.

Dalam satu video dari katil Indiana University Hospital North, Susan Moore berkata, beliau telah ‘merayu’ untuk mendapatkan rawatan.

Mengucapkan takziah, pihak hospital berkata, pihaknya melihat tuduhan diskriminasi itu sangat serius tetapi tidak dapat memberi komen kepada pesakit tertentu.

Orang kulit hitam mempunyai risiko lebih besar dijangkiti Covid-19 berbanding orang kulit putih, menurut kajian.

Dr Moore, 52, meninggal dunia di hospital pada hari Ahad lalu.

Dalam catatannya di Facebook pada 4 Disember, Moore menjelaskan bagaimana kesakitannya tidak dipedulikan oleh doktor, yang didakwanya berkulit putih, walaupun dia menangis dan sukar bernafas.

“Dia bahkan tidak memeriksa paru-paru saya, dia tidak menyentuh saya dengan cara apa pun. Dia tidak melakukan ujian fizikal. Saya katakan kepadanya bahawa doktor tersebut bahawa beliau tidak merasai apa yang dia rasa,” tulisnya.

Moore memiliki seorang anak lelaki, Henry dan ibu bapanya pula menghidapi dementia, menurut laman GoFundMe, yang diwujudkan bagi membantu perbelanjaan keluarga itu.

Setakat ini, laman itu berjaya meraih kutipan sebanyak AS$102,000.

Moore disahkan positif Covid-19 pada 29 November lalu selepas mengalami demam panas, dan batuk berdarah serta sesak nafas.

Meskipun seorang doktor, Moore berkata beliau bergelut untuk mendapatkan rawatan.

Dr Moore memberitahu, dia meraju untuk mendapatkan dos Remdesivir antivirus dan meminta imbasan dadanya dilakukan.

Tetapi doktor yang merawatanya berkata, dia tidak memenuhi syarat untuk mendapatkan ubat itu dan dibenarkan pulang.

“Dia membuat saya merasa seperti saya seorang penagih.

”Dan dia tahu saya adalah seorang doktor. Saya tidak mengambil narkotik. Saya sakit,” kata Moore dalam video Facebooknya.

Beliau menyifatkan itulah cara orang kulit hitam dibunuh. – MalaysiaGazette