LONDON – Pengurus Tottenham, Jose Mourinho tidak percaya pasukannya akan berdepan laluan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas melalui ranjau enam pencabar utama.
Pasukan bimbingannya tumbang kepada Leicester City yang meraih tempat kelima musim lalu.
Ia secara tidak langsung menyebabkan mereka berada di tangga keenam dengan enam mata ketinggalan daripada pendahulu, The Reds.
Spurs kini di ambang kekalahan EPL ketiga berturut-turut buat pertama kalinya sejak November 2012 yang ketika itu di bawah kendalian Andre Villas-Boas.
Walaupun empat daripada lima jadual perlawanan liga sepanjang perayaan Krismas ini akan menyaksikan mereka menentang pasukan bawahan, pengurus Portugis itu tidak menjangkakan satu perjalanan yang mudah.
Ketika ditanya sama ada ‘enam pencabar utama itu’ berada dalam kelas tersendiri dan adakah ia termasuk Wolves, lawan yang bakal mereka hadapi minggu ini, Mourinho berkata, beliau percaya tetapi sukar untuk terus kekal dalam liga itu ekoran setiap perlawanan sangat merumitkan.
“Kami berada pada era iaitu perlu mempertimbangkan enam pencabar utama, kami bertemu mereka secara berturut-turut dan sekarang beberapa pihak mula mengatakan kami berpeluang mengharungi perlawanan lebih mudah.
“Apa yang lebih mudahnya? Berkunjung ke Wolves, menentang Fulham dan Aston Villa, lebih mudah?
”Ia tidak begitu. Kami harus berasa sangat gembira dengan kedudukan ini dan tidak perlu sedih dengan itu kerana saya percaya ini adalah sebuah liga yang hebat.” ujarnya yang merupakan warga Portugis. – MalaysiaGazette