Home Sukan Jurgen Klopp bidas laporan Salah kecewa dengan Liverpool

Jurgen Klopp bidas laporan Salah kecewa dengan Liverpool

Jurgen Klopp

LONDON – Jurgen Klopp menolak laporan berita di London yang mendakwa kononnya pemainnya, Mohamed Salah kecewa dengan persekitaran dan layanan dalam pasukan Liverpool.

Pengurus the Kops itu mendakwa segala spekulasi yang menyelubungi kelab dan pemain itu sebenarnya tidak benar sama sekali.

Salah dalam satu wawancara khas bersama akhbar Sepanyol mendedahkan dia kecewa dengan layanan Liverpool dan Klopp yang tidak memberikan tugas kapten pasukan semasa pertemuan menentang FC Midtjylland.

Manakala bekas rakan sepasukan kebangsaan Mesir pula, Mohamed Aboutrika mendakwa Salah berkongsi rahsia punca sebenar dia tidak gembira di Anfield dan mahu berhasrat berhijrah ke La Liga.

“Mo (Salah) berada dalam keadaan baik dan prestasinya menyerlah..itulah penting untuk saya buat masa ini.

“Kami tidak ada foto sesi latihan pasukan pagi ini, jika kamu melihat foto itu Salah begitu gembira dan berjenaka bersama rakan sepasukan semasa latihan itu

“Itu berita sensasi yang anda (media) boleh menulis hari ini tetapi, tiada masalah di dalam (anfield).. anda tak perlu risau sangat mengenai (Salah)nya,” kata Klopp.

Selepas wawancara itu diterbitkan, Salah yang masuk sebagai pemain gantian di separuh masa kedua meledakkan dua gol dalam aksi 7-0 menjinakkan Crystal Palace minggu lalu.

Namun bekas rakan kebangsaanya Aboutrika mendedahkan masa begitu singkat untuk Salah meninggalkan kelab elit Liga Perdana Inggeris itu.

“Salah ada kongsi isi hatinya (kekecewaan) dekat saya, saya tahu apa faktor sebenar, tetapi adalah menjadi rahsia dan tidak boleh didedahkan kepada umum ketika ini,” kata Aboutrika tiga hari lalu. – MalaysiaGazette