Home Politik Amalan berbincang dalam Majlis Presiden PH terhakis, kata Mat Sabu

Amalan berbincang dalam Majlis Presiden PH terhakis, kata Mat Sabu

Anwar Ibrahim (empat kiri) bersama Mohamad Sabu (empat kanan) dan Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng (tiga kanan).

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mengakui budaya dan dan amalan perbincangan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) semakin terjejas.

Katanya, sebelum ini amalan pemimpin tertinggi gabungan itu adalah ketelusan dan perkongsian yang membina kepercayaan atau antara satu sama lain.

“Amat diakui amalan dan tradisi ini sedikit terjejas akhir-akhir ni. Tanpa saya sebutkan secara mendalam dan terperinci, cukup untuk ditegaskan PH mesti punyai komitmen untuk mengatasi apa jua permasalahan tentang kepimpinan, dasar atau polisi serta program dengan berpandukan musyawarah serta konsensus dengan berani serta terbuka, diperingkat Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya ketika menyampaikan Pidato sempena merasmikan Konvensyen Amanah Nasional 2020.

Konvensyen yang berlangsung di Ayer Keroh, Melaka hari ini turut disiarkan secara live Facebook.

Justeru Mat Sabu menyatakan kesediaannya untuk membantu melebarkan dan memperkukuhkan jalinan dalam Pakatan Harapan.

“Saya bersedia menjadi jambatan penghubung yang biarkan dijadikan tempat berpijak namun demi rakyat dan negara tercinta saya akan lakukan seperti yang telah kita galas dahulu,” tambahnya. – MalaysiaGazette