Home Sukan Dua pemain City positif Covid-19

Dua pemain City positif Covid-19

LONDON – Dua pemain Manchester City dikesan positif Covid-19 semalam.

Penyerang muda, Gabriel Jesus dan pemain pertahanannya, Kyle Walker diuji positif dalam saringan baharu yang diambil petugas kesihatanLiga Perdana Inggeris (EPL).

Kedua-dua pemain itu bersama dua lagi staf pasukan tersebut akan dikuarantin 10 hari mengikut protokol kerajaan.

City akan beraksi tanpa dua pemain kesebelasan utama itu menentang Newcastle United malam ini disusuli Everton dua hari kemudian dan Chelsea pada 3 Januari ini.

Bintang penyerang Brazil berusia 23 tahun itu menjaringkan gol sebanyak empat kali musim ini sebelum berehat sebulan akibat kecederaan lutut.

Walker pula meminta maaf kepada kelab dan peminat jika melanggar protokol Covid-19 sehingga membawa masalah kepada kelab dan perlu menjalani kuarantin selepas ini.-MalaysiaGazette