Home Dunia Iran beri amaran kepada AS, Israel jangan lintas sempadan di Teluk

Iran beri amaran kepada AS, Israel jangan lintas sempadan di Teluk

TEHRAN – Iran berkata negara itu akan mempertahankan dirinya dan memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap melakukan ‘pengembaraan’ pada hari-hari terakhir pentadbiran Trump ketika ketegangan serantau mula panas.
Pada minggu lalu, tentera laut AS berkata, sebuah kapal selam nuklear telah dikerahkan ke rautau teluk itu dan media Israel melaporkan bahawa sebuah kapal selam Israel telah melintas Terusan Suez dan menuju ke lokasi sama, lapor RT.

Laporan mengenai kapal selam Israel itu tidak disahkan secara rasmi namun Tehran mengingatkan semua pemain yang terlibat di wilayah tersebut bahawa ia telah menentukan had pencerobohan terhadap keselamatan negara itu.

“Semua orang tahu bahawa Teluk Parsi bermakna kepada Iran, dan polisi Iran laksana mengenai kepentingan negara dan keselamatan,” kata Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar, Saeed Khatibzadeh kepada pemberita.

“Mereka sedar risiko melintasi sempadan Iran,”.

Tehran menuduh Israel banyalk kali melakukan operasi anti Iran, termasuk pembunuhan saintis nuklear, Mohsen Fakhrizadeh pada bulan lalu.

Khatibzadeh berkata, Iran telah menghantar ‘mesej kepada kerajaan AS dan rakan-rakannya di wilayah (memberi amaran) rejim AS kini untuk tidak memulakan pengembaraan baharu pada hari-hari terakhir di White House’.

Beliau menambah, Iran bukannya mahu meningkatkan ketegangaan dan menggesa ‘orang yang rasional di Washington’ melakukan perkara yang sama sehingga Presiden Joe Biden menjadi presiden.

 

 

Meanwhile, Washington has accused Iran of involvement in a rocket attack last week near its embassy in Baghdad, Iraq. Khatibzadeh said Tehran “dismisses and condemns” the allegations made by US President Donald Trump and Secretary of State Mike Pompeo against Iran after the attack in Iraq.

Sementara itu, Washington menuduh Iran terlibat dengan serangan roket berhampiran keduataannya di Baghdad, Iraq pada minggu lalu.

Khatibzadeh berkata, Tehran ‘menafi dan mengutuk’ dakwaan yang dilakukan Presiden AS, Donald Trump dan Setiausaha Negara, Mike Pompeo terhadap Iran selepas serangan di Iraq itu.

Malah, jurucakap itu menuduh pentadbiran AS menukar negara jiran kepada ‘pengkalan tidak selamat’ untuk menentang Iran.

Perbalahan tersebut berlaku hanya beberapa minggu sebelum ulang tahun pertama memperingati pembunuhan pemimpin tentera utama Iran, Komander Qassem Soleimani oleh AS dengan menggunakan dron pada Januari lalu. – Malaysiagazette