Home Sukan Red Devils sedia sambung kontrak Cavani

Red Devils sedia sambung kontrak Cavani

Edinson Cavani.

LONDON – Manchester United sedang mempertimbangkan untuk menyambung kontrak Edinson Cavani dalam masa terdekat, kata Ole Gunnar Solskjaer.

Penyerang berprolifik berusia 33 tahun itu menyertai Old Trafford dengan kontrak setahun sahaja pada Oktober lalu dengan opsyen tambahan setahun.

Dia menjaringkan tiga gol dalam lapan perlawanan EPL setakat ini sebelum masuk sebagai pengganti sebelum membantu mencipta peluang gol kepada Bruno Fernandes menentang Leicester City Sabtu lalu.

Solskjaer menjangka kontrak baharu sudah ada di atas meja dan Cavani yang terkenal dengan nama jolokan El Matador dikatakan bersedia untuk menyambung kontrak.

“Edinson masih ada beberapa tahun lagi jadi saya tidak mahu cakap apa-apa. Sejak menyertai Theatre of Dreams dia berjaya membawa impak besar dalam setiap perlawanan dan saya yakin dengan kebolehan dia yang tidak boleh dipertikaikan sesiapa.

“Saya melihat bekas pemain PSG dan Napolis itu lebih daripada kualiti sebagai seorang pemain gantian,” katanya.

Solskjaer yakin Cavani sudah bersiap sedia memulakan lebih banyak perlawanan selepas ini.- MalaysiaGazette