KUALA LUMPUR – Sambutan Krismas baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi apabila perayaan itu turut diraikan golongan selebriti beragama Islam yang memuat naik foto mereka di Instagram.
Ini kerana umat Islam tidak boleh meraikan perayaan itu sama ada melibatkan pakaian, topi Santa Claus dan pokok hiasan.
Antara yang menjadi kecaman netizen adalah Awal Ashaari dan isteri, Scha Alyahya, keluarga pengacara Marion Caunter dan terbaharu ialah pelakon, Fasha Sandha.
Fasha dan suaminya Aidil Aziz memuat naik gambar anaknya memakai kostum Santa Claus termasuk dengan memakai topi.
Melihat begitu banyak teguran, akhirnya Fasha telah memadamkan gambar tersebut dan kemudian membuat luahan hati di media sosialnya.
“Pada hari semalam. saya ada post foto anak saya, baby Aisha pakai baju cute costume Santa Claus, namun, ada pula ramai pula ustaz, ustazah netizen masuk. Dah tak ada kerja agaknya dorang ni, banyak ustaz dan ustazah jadian.
“Apa problemnya kalau anak saya pakai costume macam itu, hanya untuk suka-suka saja, namun ada yang cakap konon saya pun nak sambut Christmas. Habis kalau pakai baju cheongsam dan sari, adakah ianya salah dan haram?
“Tolong jangan buat agama Islam ni macam rumit sangat. Takkanlah pakai baju Santa Claus pun salahkan, jangan bagi orang takut dengan agama kita ni. Ingatlah saudaraku semua.
“Come on lah, pemakaian tak melambangkan hati seseorang pun. Bukannya bermaksud pakai jubah itu baik. Tetapi jangan nak judge orang lain melalui pemakaian sahaja. Saya ada saja lihat depan mata, ada wanita dah tutup aurat sepenuhnya, belajar pun tinggi sampai universiti tapi sebenarnya pengotor, malas dan selalu lawan cakap orang tuanya.
“Ada yang pada pakaian luar nampak macam sosial, belajar pun biasa-biasa saja tapi dia seorang yang pembersih, utamakan solat, utamakan family dan sentiasa hargai orang lain. Oleh itu, mengapa nak nilai orang dari pakaian luar. Enough cari kesilapan orang lain. Pokok pangkalnya berbalik semula kepada hati.
“Dah tiada kerja, tiba-tiba anak aku Aisha Amaira yang baru umur empat bulan pun nak komen macam-macam hanya kerana pakai kostum ini.
“Get a life please. Tak habis-habis semua kena hentam, orang melamar secara terbuka pun korang sibuk nak cakap bukan-bukan, orang sweet lepas tu buat video pun korang komen dan cakap bab agama.
“Jika tidak suka, senang unfollow. If tak suka, tak payah tengok, tengok diri sendiri. Saya pun tidak sempurna,” tulisnya panjang lebar. – MalaysiaGazette
Bila manusia krg fhm Agama Islam.maka terkeluarlah kata2 yg blh merosakkan akidah..
*buat fasha nk bgtau perempuan pakaian yg tidak menutup aurat adalah tidak dibenarkan dlm Islam.
Nak bgtau kpd fasha, cheongsam dan sari bukannya berkait dgn agama dan kepercayaan krana di india dan china ramai org islam yg pakai mcm tu, ianya lbh kpd budaya mcm melayu dgn baju kurung dan baju melayu ttpi SANTA CLAUS adalah berkait dgn agama kristian….BEZA TERAMAT BESAR TU..Kalau org nasihat tu terima jelaa, bukannya naik kurap pun, ianya utk kebaikan dan yg jelasnya awk sndiri pun xtau…Sptutnya awk bersyukur krna ada org mnegur…Cuba awk bygkn kalau awk buat salah dn xde yg mnegur nscaya awk akan sentiasa berada di dlm gelap…
jgn rosakkan anak kecik tu …sebb akidah mak bapak yg hipster sangat…hukum ikut akal maka berterusan lah ke haluan songsang