Home Dunia Lelaki Malaysia antara 13 kes positif baharu Covid-19 di Singapura

Lelaki Malaysia antara 13 kes positif baharu Covid-19 di Singapura

Gambar hiasan.

SINGAPURA – Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan satu daripada 13 kes import positf COVID-19 di negara republik itu melibatkan lelaki Malaysia berumur 45 tahun.

Kes yang dilabel 58, 774 itu melibatkan pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia, menurut kementerian berkenaan dalam satu data penuh yang dikeluarkan di sini.

Menurutnya lelaki itu bersama dengan sembilan lagi yang merupakan kes asimptomatik, dikesan menerusi saringan proaktif dan survelans, manakala tiga lagi simptomatik.

“Mereka telah pun dikenakan Notis Tinggal Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura dan diuji semasa menjalani SHN atau tempoh pengasingan,” menurut kenyataan kementerian itu.

Sehingga tengah hari semalam, Singapura melaporkan sejumlah 13 kes baharu, tanpa melibatkan sebarang kes dalam komuniti atau penghuni asrama, sekali gus menjadikan jumlah jangkitan di sini kepada 58,542.

Ahad lepas satu daripada lima kes import COVID-19 yang dilaporkan di Singapura disahkan melibatkan wanita Malaysia berumur 23 tahun yang menjalani SHN di sebuah hotel di sini.- BERNAMA