Home Politik BN lalui jalan sukar dalam PRU-15 jika kekal ego lama

BN lalui jalan sukar dalam PRU-15 jika kekal ego lama

Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan melalui jalan yang sukar menghadapi PRU-15 sekiranya kekal dengan ego lama.

Setiausaha BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia berbeza dengan pilhan raya umum sebelum ini di mana BN menjadi kerajaan yang memerintah.

“PRU-15 tidak akan menyamai PRU sebelumnya di mana waktu itu BN merupakan parti pemerintah yang menguasai banyak aparatus pentadbiran dan sumber yang cukup. Itu pun BN tewas.

“PRU-15 perlu pemikiran baru.Jika BN kekal dengan superiority complex dan ego lama,ia bakal menemui jalan sukar,” katanya dalam ciapannya semalam.

Kenyataan Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan itu mungkin ada kaitan dengan komen segelintir pimpinan UMNO yang tidak senada dengan keputusan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. kita berpegang Buang yang keruh ambil yang jernih bertaut kepada TALI ALLAH muafakat…TAPI jika sekutu masih ada EGO SOMBONG dan DENDAM SUKAR BERMAAFAN antara penyakit hati dan BISIKAN SYAITAN…muktamad
    keseorangan itu LEMAH tetapi BERJEMAAH itu KUAT JITU MANTAP…demi AGAMA BANGSA NEGARA

  2. Dia ni tak habis2 menghentam BN dan UMNO musibat ni apa hal? Ko nak berambus masuk Bersatu, pergi je lah hanat!

Comments are closed.