Home Akhbar Cina Tangkapan besar-besaran bermula serta-merta esok

Tangkapan besar-besaran bermula serta-merta esok

Datuk Seri Mustafar Ali
PETALING JAYA – Imigresen akan melancarkan operasi besar-besaran untuk membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) secara serta-merta sebaik sahaja berakhirnya tamat tempoh pemutihan dan permohonan E-Kad hari ini.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali memberitahu Sinchew Daily, operasi besar-besaran membabitkan seluruh negara akan bermula tepat pukul 12 tengah malam pada 1 Julai ini.
Katanya, walaupun Imigresen membuka permohonan E-kad seawal 15 Februari, tetapi ramai majikan masih memilih untuk melakukan pemutihan pada saat-saat terakhir.
“Imigresen sudah pasti akan mengambil tindakan terhadap pendatang asing yang tidak berdokumen dan tidak memohon E-kad pada 1 Julai ini,” katanya kepada Sinchew Daily.
Beliau memberi ulasan itu selepas majikan dan pekerja asing mula membanjiri pejabat-pejabat Imigresen di seluruh negara untuk melakukan permohonan E-kad.
“Ini bukan salah kami, mereka sendiri yang memilih untuk tidak melakukan permohonan sejak awal,” katanya.
Walaupun begitu, majikan masih merungut mengenai proses permohonan yang rumit dan memerlukan masa yang panjang.