Home Sukan Wolves sedia ikat Diego Costa

Wolves sedia ikat Diego Costa

Diego Costa kini bebas menyertai mana-mana kelab tanpa kluasa atau yuran yang kini diburu Wolves menjelang Januari ini.

LONDON – Wolverhampton Wanderers sedang mengatur strategi untuk mendapatkan khidmat bekas penyerang berbisa Atletico Madrid, Diego Costa.

Atletico telah membatalkan kontrak Costa pada Selasa dan kini pemain itu meninggalkan kelab secara percuma tanpa ejen.

Atas sebab peribadi Costa telah meminta kelab itu membatalkan kontrak dan gajinya berjumlah 270,000 pound seminggu.

Costa kini bebas tanpa ejen untuk menyertai mana-mana kelab tanpa sebarang yuran perpindahan atau klausa pelepasan kelab.

Arsenal mengalih perhatian ke arah Costa tetapi Wolves dikatakan mendahului saingan dalam mengikat khidmat pemain itu.

Wolves berpeluang cerah untuk mengikat pemain berusia 32 tahun itu pada Januari 2021 sebagai pengganti Raul Jimenez yang sedang menjalani pemulihan akibat kecederaan di kepala sepanjang musim ini.

Pengurus Wolves Nuno Espirito Santo memerlukan pemain berbisa di jentera serangan.

Wolves kini memiliki penyerang muda Fabio Silva berusia 18 tahun tetapi pemuda itu hanya menjaringkan sekali sejak mengisi kekosongan Jimenez.

Sejak ketiadaan Jimenez, Wolves gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan berturut-turt setakat ini.

Pemain veteran Brazil, Hulk dan penyerang Venezuela Salomon Rondo juga dipantau secara rapat sebagai pilihan tambahan pada jendela perpindahan yang akan membuka tirai Jumaat ini.

Costa berpengalaman beraksi dalam Liga Perdana Inggeri sebagai bekas pemain Chelsea selama tiga musim berturut-turut.-MalaysiaGazette