KUALA LUMPUR – Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Ungkapan itu menjadi pedoman kepada Yayasan Sayang Mutiara dalam usaha membantu golongan memerlukan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Pengerusinya, Datuk Ahmad Kemin berkata, pihaknya merasa terpanggil untuk memberikan sumbangan 20 buah kerusi roda untuk kegunaan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
Turut diberikan katanya air minuman berjenama Drive kepada pesakit dan barisan hadapan di hospital tersebut, katanya.
“Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit tanggungan keluarga penerima dan terima kasih kepada barisan hadapan,” katanya yang juga Pengarah Eksekutif Kumpulan Mutiara Motors menerusi kenyataan hari ini.
Tambah beliau, program CSR seperti itu akan sentiasa diadakan sebagai salah satu usaha kebajikan dalam membantu golongan atau pihak-pihak yang memerlukan. – MalaysiaGazette