Sebuah syarikat pembekal daging, Raihanah Cold Storage Sdn Bhd dan 2 pengarah syarikat itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas pertuduhan menggunakan logo halal tanpa diperakui pihak berkuasa, awal bulan ini.
Mengikut pertuduhan pertama, syarikat Raihanah Cold Storage yang diwakili pasangan suami isteri, Rahman Sheikh Abdullah, 44 tahun dan Raihanah Kasim, 42 tahun didakwa memperakui bahawa perkhidmatan berhubung dengan syarikat itu adalah halal dengan menggunakan logo halal tanpa diperakui halal oleh pihak berkuasa berwibawa, pada sebuah lori jenama Isuzu.