Home Dunia Seorang meninggal dunia selepas terima vaksin Covid-19, tidak jelas punca kematian

Seorang meninggal dunia selepas terima vaksin Covid-19, tidak jelas punca kematian

Hujah agama, yang diguna pakai golongan profesional bukan daripada bidang perubatan dan penjual produk-produk alternatif, mengenai keburukan vaksin adalah antara punca ramai ibu bapa menolak pengambilan vaksin untuk kesihatan anak-anak mereka, kata seorang pakar perubatan kesihatan awam.
Gambar hiasan

ZURICH – Seorang warga Switzerland yang merupakan antara penduduk pertama negara itu menerima vaksin Covid-19 meninggal dunia, kata para pegawai di daerah Lucerne namun mereka tidak menyatakan sama ada kematian individu tersebut mempunyai kaitan dengan suntikan berkenaan.

“Kami sedar kes ini,” kata seorang jurucakap sambil menambah perkara tersebut telah dirujuk kepada pengawal selia dadah Switzerland, Swissmedic.

Daerah tersebut tidak mengeluarkan sebarang maklumat terperinci termasuk masa antara individu terbabit menerima suntikan dan bila kematian berlaku, lapor Reuter.

Lucerne merupakan lokasi pemberian vaksin Pfizer dan rakannya, BioNTech yang bermula di Switzerland pada minggu lalu, dengan memberi keutamaan kepada golongan warga emas.

Negara itu telah menerima 107,000 dos vaksin setakat ini dan dijangka menerima 250,000 dos sebulan bermula tahun depan.

Swissmedic tidak dapat dihubungi untuk ulasan.

Panggilan dan e-mel yang dihantar ke Pfizer tidak dibalas.

Vaksin keluaran Pfizer dan BioNTech merupakan satu-satunya vaksin yang diluluskan di Switzerland setakat ini.

Ia diluluskan berdasarkan kepada darurat di Amerika Syarikat dan Britain dan mendapat kelulusan bersyarat untuk dipasarkan di Kesatuan Eropah selepas ujian klinikal yang dilakukan ke atas berpuluh ribu orang didapati tidak menimbulkan isu keselamatan yang signifikan.

Berjuta-juta dos vaksin telah diuruskan di serata dunia. Beberapa orang didapati mengalami alergik berikutan suntikan vaksin Pfizer/BitNTech dan Moderna Inc walaupun insiden itu ditangani dengan pantas. – MalaysiaGazette