BEIJING – Personaliti media sosial terkenal di China yang dikenali dengan gelaran Glacier Bro dianggap telah meninggal dunia selepas terjatuh dari kawasan glasier di Tibet sejak 20 Disember lalu.
Wang Xiangjun, 30, dikesan berada di air terjun glasier sebelum dilaporkan hilang.
Namun begitu, mayatnya masih belum dijumpai tetapi telah disahkan kematian pada Sabtu lalu.
Wang sebelum ini terkenal dengan videonya yang suka menjelajah glasier dan usahanya dalam ingin mengetahui kesan perubahan iklim.
Di samping itu, rakaman yang dikongsi di media sosial China menunjukkan dia hilang keseimbangan ketika mendaki dasar air terjun dan dikatakan tergelincir ke perairan berais yang mengalir pantas.
Kejadian itu berlaku di daerah Lhari, utara Tibet.
“Penyelamat masih mencarinya tetapi anggota pasukan penyelamat mengatakan bahawa Wang mungkin telah dibawa arus yang dikenali sebagai selembar ais,” kenyataan Global Times China. -MalaysiaGazette