Home Nasional Sindiket pelacuran: Langgan enam kali, langganan ke tujuh percuma

Sindiket pelacuran: Langgan enam kali, langganan ke tujuh percuma

police cartel EAIC senior judge sexual harassment police PDRM Brunei Investment Agency Ponzi scheme scam domestic violence abuse victim wild party Kajang police station OCS
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Langgan pelacur enam kali, langganan kali ketujuh percuma dengan menggunakan kad kesetiaan.

Itu merupakan operasi baru sindiket pelacuran yang beroperasi di hotel tiga bintang di Jalan Ipoh, Sentul di sini yang diserbu polisĀ  pda jam 11 malam tadi.

Serbuan tersebut membawa kepada penahanan 12 wanita warga asing yang disyaki pelacur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Polis Saiful Annuar Yusoff berkata, dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing yang berperanan sebagai penjaga premis juga diberkas dalam serbuan sama.

Katanya, kesemua pelayan seks itu berusia 20-an hingga 30-an yang terdiri daripada sembilan warga Vietnam dan tiga warga Thailand.

“Kita menyerbu sarang pelacuran hotel tiga bintang itu berdasarkan maklumat aduan awam melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Sebagai tindakan susulan berdasarkan maklumay VSP, kita telah merisik dan memantau kegiatan haram itu selama dua minggu di hotel itu sebelum menyerbu semalam.

“Hasi pemeriksaan polis terdapat 12 bilik yang mana enam bilik di tingkat lapan dan tingkat sembilan hotel digunakan sebagai bilik pelacur warga asing itu melayan pelanggan tempatan,” katanya dalam kenyataan serbuan itu.

Tambah Saiful Annuar, siasatan awal polis mendapati sindiket pelacuran itu menawarkan khidmat melalui aplikasi telefon WeChat dan menggunakan aplikasi sama untuk pelacur berurusan dengan pelanggan dalam menjalankan kegiatan berkenaan lebih tiga bulan lalu.

“Modus operandi mereka adalah setiap pelanggan akan diminta datang ke hotel berkenaan sebelum mereka dibawa ke bilik-bilik yang menempatkan pelacur wanita asing itu untuk mereka membuat pilihan wanita yang ingin mereka tiduri dan melayan nafsu mereka.

“Setiap pelanggan dikenakan bayaran sebanyak RM235 untuk sekali layanan, malah setiap pelanggan diberikan satu kad ‘loyalti’ dan ia dicop setiap kali mereka datang melanggan khidmat pelacur dan pelanggan yang melanggan lebih enam kali ditawarkan khidmat seks percuma.

“Pemeriksaan lanjut polis ke atas kesemua wanita berkenaan mereka mempunyai dokumen perjalanan sah manakala selebihnya mendakwa pasport mereka disimpan oleh pihak lain.

“Polis juga mendalamkan siasatan ke atas pihak pengurusan hotel bagi menentukan kemungkinan mereka juga bersubahat dalam kegiatan jijik itu,” katanya. – MalaysiaGazette