Home Nasional Waspada ancaman, serangan siber

Waspada ancaman, serangan siber

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Pihak Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan makluman berhubung ancaman serangan serta pencacatan laman-laman sesawang organisasi Malaysia.
Sila rujuk http://www.nc4.gov.my – NC4-ALR-2020-000007: Potential Attacks towards Malaysian Organisations Websites.
Selaras perkembangan tersebut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan organisasi, serta para pentadbir sistem dan laman sesawang di Malaysia agar berwaspada terhadap ancaman-ancaman serangan yang mungkin timbul; serta mengambil langkah mengukuhkan dan mengemas kini perlindungan keselamatan aset-aset ICT sedia ada, khususnya yang mendepani pelanggan dan orang ramai.
Selain itu, memantau akses yang mencurigakan terhadap aset-aset teknologi maklumat dan komunikasi termasuk pelayan-pelayan, peranti, serta rangkaian organisasi.
Sekiranya wujud aktiviti yang mencurigakan atau serangan yang dikesan; organisasi, serta para pentadbir sistem dan laman sesawang dimohon untuk menyalurkan maklumat serta laporan kepada pihak NACSA melalui pautan berikut
(https://www.nacsa.gov.my/incident_report.php) untuk perhatian dan susulan selanjutnya. – MalaysiaGazette