KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan yang bertugas di ibu pejabat Wisma MCA telah dikesan positif Covid-19.
Kakitangan itu dikesan bertugas di Jabatan Aduan dan Khidmat Awam MCA di ibu pejabat parti tersebut di Jalan Ampang hari ini.
Kini wisma berkenaan sedang menjalani proses sanitasi dan nyahkuman.
Menurut keyataan MCA, kesemua kakitangan yang bertugas di jabatan itu yang terletak di tingkat tujuh telah menjalani ujian saringan Covid-19.
Tambahnya, pengurusan tertinggi Wisma MCA telah melaksanakan kerja-kerja nyakuman atau sanitasi di seluruh bangunan wisma itu.
“Kerja sanitasi itu dilaksanakan berdasarkan garis panduan pencegahan pandemik dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan,” kata kenyataan tersebut. – MalaysiaGazette