Home Akhbar Cina Bukan jasa tunggal Dr. Mahathir

Bukan jasa tunggal Dr. Mahathir

Secretary-General of DAP, Anthony Loke Siew Fook
Secretary-General of DAP, Anthony Loke Siew Fook

KUALA LUMPUR – Kejayaan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 bukan atas jasa tunggal Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook memberitahu China Press, Dr. Mahathir cuba “merebut jasa” dengan membangkitkan isu itu.

Beliau juga memperbetulkan kenyataan Dr. Mahathir yang menyatakan DAP tidak pernah menang melebihi 18 kerusi Parlimen sebelum penyertaan bekas Perdana Menteri itu dalam PH.

“Pertambahan kerusi Parlimen DAP tidak berlaku selepas penyertaan Dr. Mahathir,” katanya sambil menjelaskan DAP memenangi 28 kerusi pada 2008 dan 38 kerusi pada 2013, sebelum memperoleh 42 kerusi pada 2018.

Dr. Mahathir sebelum ini berkata, DAP mendapat kekayaan besar pada 2018 atas jasa beliau yang membawakan sokongan pengundi Melayu kepada parti itu.

Menurut Dr. Mahathir, sebelum itu, DAP tidak pernah memenangi melebihi 18 kerusi.

Siew Fook bagaimanapun berkata, kejayaan 42 kerusi Parlimen pada 2018 iaitu pertambahan sebanyak empat kerusi berbanding 2013 adalah didorong oleh sokongan yang diterima di Sabah dan Sarawak.

Katanya lagi, semasa negara ditadbir Dr. Mahathir, DAP juga pernah melepasi palang 18 kerusi Parlimen iaitu 24 kerusi pada 1986 dan 20 kerusi pada 1990.

Menurutnya, walaupun peranan Dr. Mahathir dalam membantu kejayaan PH pada 2018 tidak boleh dinafikan, tetapi ia bukan jasa tunggal Dr. Mahathir. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.