Home Nasional Wanita lemas jatuh longkang sedalam tiga meter di Kluang

Wanita lemas jatuh longkang sedalam tiga meter di Kluang

Seorang wanita warga tempatan ditemukan mati lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah longkang sedalam tiga meter di Jalan Setia, Kampung Contoh dekat Kluang tengah hari tadi.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga tempatan ditemukan mati lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah longkang sedalam tiga meter di Jalan Setia, Kampung Contoh dekat Kluang tengah hari tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang PBK II Shamsul Amri Mohd Shahab berkata mangsa, Halijah Majid, 59, dikatakan terjatuh ke dalam longkang yang dipenuhi air itu kira-kira 12.30 tengah hari.

Beliau berkata sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

“Mangsa dibawa naik ke kawasan yang selamat oleh orang awam dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia, menurutnya dalam kenyataan, di sini hari ini.- BERNAMA