Home Sukan Negrito: Cavani kena hukum gantung, denda dan kursus

Negrito: Cavani kena hukum gantung, denda dan kursus

Edinson Cavani.

LONDON – Penyerang Manchester, Edinson Cavani dikenakan hukuman gantung tiga perlawanan dan denda £100,000 serta diwajibkan untuk menghadiri kursus menyesuaikan diri dengan kehidupan di England.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Cavani didapati bersalah menggunakan perkataan negrito dalam Instagram miliknya.

Hasilnya, Cavani menjaringkan dua gol dan mencipta satu bantuan.

Cavani menjelaskan dia langsung tidak berniat mahu menyinggung sesiapa. Namun bagi beberapa negara, kenyataan itu adalah berbaur rasis.

Dia memuat naik kapsyen itu yang biasanya digunakan di Uruguay dan ianya tidak berbaur rasis di sana.

Di Uruguay, negrito merujuk kepada istilah ‘bro’.

BBC melaporkan pihak Cavani sudah dimaklumkan bahawa ayat yang digunakan itu adalah sensitif di United Kingdom.

Cavani turut meminta maaf kepada pihak yang tersinggung dengan kenyataannya di Instagram.

Ini kerana selepas aksi ‘heroic’ menentang Southampton, Cavani memuat naik status menggunakan perkataan negrito.

Penyerang berusia 33 tahun itu kemudian memadamkan post tersebut selepas diberitahu bahawa perkataan negrito di UK membawa kepada maksud rasis.