Home Dunia Trump diingatkan berhati-hati dengan perangkap Israel

Trump diingatkan berhati-hati dengan perangkap Israel

Mohammad Javad Zarif . foto Agensi
DUBAI – Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif memberi amaran kepada Presiden Donald Trump agar tidak “terperangkap” dengan rancangan Israel yang didakwa melakukan memprovokasi perang melalui serangan ke atas tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq.
Beliau mengeluarkan peringatan itu pada ulang tahun pembunuhan Jeneral Iran, Qassem Soleimani akibat serangan dron di Baghdad.
Setakat ini Israel tidak memberi maklum balas terhadap kenyataan tersebut.
Washington telah menyalahkan pemberontak yang disokong Iran susulan serangan roket berkala ke atas kemudahan AS di Iraq, termasuk berhampiran kedutaannya.
Namun, setakat ini belum ada kumpulan yang disokong IranĀ  mengaku bertanggungjawab.
“Risikan terbaharu oleh Iraq mendedahkan agen provokator Israel yang merancang serangan terhadap AS – Trump yang bakal mengakhiri jawatannya dengan ikatan palsu (tindakan membenarkan perang),” kata Zarif dalam ciapannya.
Tulis Zarif lagi: “Hati-hati dengan perangkap, @realDonaldTrump. Sebarang bunga api boleh mengakibatkan kesan buruk.
Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Kementerian Luar Negeri Israel enggan mengulas mengenai kenyataan Zarif.
Manakala, White House belum memberi sebarang kenyataan.
Esmail Ghaani, yang menggantikan Soleimani sebagai ketua pasukan elit Quds, mengatakan pada hari Jumaat bahawa Iran bersedia untuk bertindak balas.
Tentera AS menerbangkan dua pengebom B-52 berkemampuan nuklear ke Timur Tengah sebagai mesej kepada Iran pada hari Rabu, tetapi pengebom tersebut telah meninggalkan wilayah berkenaan. – MalaysiaGazette