MGTV : Saya Tak Mahu Berbalah Dengan Tun M, Minggu Hadapan Mungkin Dia Tukar Lagi – Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau enggan berbalah dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, beliau sebolehnya tidak mahu mengambil kira apa yang diperkatakan oleh Dr. Mahathir, sebaliknya akan bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang perjuangan serta prinsipnya didukung Pakatan Harapan (PH). “Itu pandangan dari luar.

Tak apalah, Tun Mahathir itu kita sudah kenal lama. Biar sahaja. Apa yang penting, PKR dan PH ambil sikap terbuka dengan sesiapa yang boleh terima dasar, prinsip kita. Kalau setuju kita terima.