Home Dunia 19 maut bumbung pusat pembakaran mayat runtuh

19 maut bumbung pusat pembakaran mayat runtuh

entera berat digunakan untuk menggali kawasan runtuhan bagi mengesan mangsa-mangsa yang masih terperangkap di Ghaziabad, India. foto Agensi
NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 19 orang mati apabila bumbung pusat pembakaran mayat yang terletak di Ghaziabad, negeri Uttar Pradesh runtuh semalam.
Ketika kejadian, terdapat 40 orang sedang berlindung di bawah struktur kerana hujan lebat.
Kemalangan itu menyebabkan mangsa terperangkap dalam runtuhan.
Kebanyakan mangsa adalah terdiri daripada saudara penduduk setempat yang hadir pada upacara kematian.
Punca keruntuhan tersebut tidak diketahui tetapi pihak berkuasa memberi jaminan untuk menyiasat kemalangan itu.
“Kami akan melakukan siasatan mengenai masalah ini dan mencari siapa yang bertanggung jawab – sama ada pembangunan, pegawai atau pekerja dewan perbandaran dengan secepat mungkin,” kata seorang pesuruhjaya, Anita C Meshram.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Iraj Raja memberitahu agensi berita DPA bahawa atap pusat pembakaran yang   sepanjang 30 meter, runtuh secara tiba-tiba dan 38 orang terperangkap.
Seramai 19 orang terbunuh di tempat kejadian atau ketika dibawa ke dua hospital berdekatan. “
Manakala 19 orang lagi di rawat di hospital dan jumlah kematian dijangka meningkat.
Ada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius.
Pasukan mencari dan penyelamat masih menggali kawasan runtuhan untuk mengesan mangsa-mangsa yang terkambus. – MalaysiaGazette