Home Sukan Leicester City boleh ‘tamatkan’ dominasi 6 pasukan gergasi EPL

Leicester City boleh ‘tamatkan’ dominasi 6 pasukan gergasi EPL

Leicester melakar kemenangan ke atas Newcastle United dalam aksi EPL semalam sebelum melonjak ke tangga ketiga carta dengan 32 mata.

LONDON – Brandan Rodgers percaya Leicester City kini berupaya memecahkan hirarki Liga Perdana Inggeris (EPL) yang kebiasaannya didominasi oleh enam kelab elit terbesar England selama ini.

Keyakinan Pengurus Leicester City itu hadir selepas the Foxes merapatkan kedudukan dengan Liverpool dan Manchester United dengan beza satu mata selepas menang 2-1 ke atas Newcastle pada Ahad.

Dengan kemenangan itu Leicester kini menduduki tangga ketiga dengan 32 mata selepas 16 perlawanan setakat ini.

Leicester satu-satunya kelab luar kelompok ‘enam kelab elit dan terbesar’ yang menjulang kejuaraan EPL pda musim 2015/16 di bawah kendalian pengurusnya,  Claudio Ranieri selepas kali terakhir pada tahun 1995.

“Kami mahu menjadi pasukan yang lebih kerap bersaing dan menjulang gelaran liga setiap musim dan juga berentap dalam bola sepak Eropah.

“Kalau ditanya apakah the Foxes mampu mengganggu dan memecahkan hirarki dominasi enam kelab elit dalam EPL?

“Mungkin dalam aspek kewangan kami tidak mempu bersaing dengan enam kelab terbesar England untuk mendapatkan pemain bernilai £70 juta, £80 juta atau £90 juta tetapi boleh dengan cara permainan bola sepak di atas padang,” tegasnya.

Leicester pernah beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah 2019-20 dan menduduki tangga ketiga dalam liga EPL sebelum ditangguh akibat Pandemik pada Mac lalu sebelum menamatkan kempen di tempat kelima dalam carta liga.

Rodgers berimpian untuk memastikan Leicester layak dan berentap dalam kempen liga Eropah lebih kerap setiap musim.

Musim 2020/21 menyaksikan Leicester mara ke pusingan ke-32 Liga Europa.

“Apa yang menarik adalah pemain utama kami kembali cergas semula dan teruja untuk mengharungi bahagian kedua musim ini,” tegasnya.-MalaysiaGazette