Home Nasional Ingkar PKP: 466 individu ditahan

Ingkar PKP: 466 individu ditahan

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Seramai 466 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menurut Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah itu, seramai 467 orang telah dikenakan kompaun manakala dua individu direman dan seorang telah dijamin.

“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 41,118 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (187), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (110), tidak memakai pelitup muka (90), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (62) dan lain-lain (17).” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri memberitahu, sebanyak 2,452 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 10,513 anggota telah membuat pemantauan di 3,176 pasar raya, 4,073 restoran serta 1,299 penjaja, 1,065 kilang, 3,074 bank dan 434 pejabat kerajaan.

“Juga dipantau, sebanyak 1,004 terminal pengangkutan darat, 227 terminal pengangkutan air serta 57 terminal pengangkutan udara,” ujarnya. -MalaysiaGazette