Home Dunia Kehilangan Jack Ma cetus spekulasi

Kehilangan Jack Ma cetus spekulasi

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba, Jack Ma.

BEIJING – Ketiadaan pengasas Alibaba Jack Ma dari pandangan umum dalam sejak dua bulan lalu mencetuskan spekulasi tentang keberadaanya.

Usahawan berprofil tinggi ini juga tidak kelihatan dalam episod akhir rancangan televisyen yang menampilkan beliau sebagai hakim.

Ma tidak kelihatan di mana-mana sejak forum pada akhir Oktober lalu di Shanghai, yang mana beliau mengkritik sistem peraturan China dalam ucapannya yang menyebabkan penggantungan tawaran awam permulaan Ant Group, sayap fintech Alibaba.

IPO Ant Group Alibaba bernilai AS$37 bilion.

The Financial Times melaporkan pada hari Jumaat bahawa Ma digantikan sebagai hakim dalam episod terakhir pada bulan November sebuah rancangan usahawan, Africa’s Business Heroes.

Jurucakap Alibaba memberitahu Reuters pada hari Isnin bahawa perubahan itu disebabkan konflik penjadualan, dan enggan mengulas lanjut.

Walaupun liputan berita mengenai ketidakhadiran Ma mencetuskan spekulasi di Twitter, tetapi ia tidak trending kerana Twitter disekat di China.

Pengawal selia China telah menumpukan perhatian pada perniagaan Ma sejak ucapannya pada bulan Oktober termasuk melancarkan siasatan antimonopoli ke atas Alibaba.

Ant kemudian diarahkan untuk menghentikan perniagaan pinjaman dan pembiayaan pengguna lain termasuk penubuhan syarikat induk yang berasingan untuk memenuhi keperluan modal. – MalaysiaGazette