KUALA LUMPUR – Fitch Solutions mengekalkan unjuran Brent tahun ini kepada purata AS$ 53 setong pada tahun 2021 kerana Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dipercayai mengatur bekalan minyak berdasarkan perubahan bulanan dalam prospek permintaan.
Selain itu pelaksanaan program vaksinasi Covid-19 secara global juga memberi dorongan kepada pemulihan ekonomi global dan permintaan bahan bakar.
Tindakan seimbang OPEC yang berusaha mengembalikan jumlah pengeluaran ke pasaran secepat mungkin dan memastikan peluasan penguasaan pasaran tanpa harga naik terlalu cepat, akan mendorong pengeluaran bukan OPEC atau menambahkan tekanan harga turun yang berlebihan dengan menyumbang kepada peningkatan tahap simpanan.
Fitch Solutions juga menjangkakan permintaan bahan bakar global 2021 meningkat 4.6 juta tong sehari, setelah turun sebanyak 7.1 juta tong sehari pada tahun 2020.
Unjuran ini berdasarkan situasi ekonomi global terus pulih dengan pengangkutan dan perdagangan kembali mendekati tahap pra-pandemi.
Bagaimanapun, pertumbuhan permintaan jangka pendeknya terhenti ekoran penularan Covid-19 di seluruh Amerika Utara, Eropah dan Timur Tengah dan kemungkinan akan mengalami penurunan yang lebih ketara selama beberapa bulan ke depan.
“Ini menambah jangkaan kami bahawa kenaikan harga pada tahun ini berada dalam keadaan sukar bertahan hingga separuh pertama tahun ini,” katanya. – MalaysiaGazette