LONDON – Arsenal dikatakan selangkah lagi untuk memuktamadkan pembelian penyerang Lyon, Alexandre Lacazette.
Kelab the Gunners itu difahamkan bakal mendapatkan pemain itu dengan rekod kelab yuran perpindahan melebihi £50 juta.
Sebelum ini Arsenal membeli Mesut Ozil dengan yuran rekod £42.5 juta empat tahun lalu.
Sumber terdekat pemain antarabangsa Perancis itu yakin perpindahan itu bakal dimuktamadka dalam masa terdekat ini walaupun Presiden Lyon Jean-Michel Aulas bertegas pemain itu akan kekal di Perancis.
Lacazette merupakan pemain utama yang sedang diburu Arsenal untuk memperkuatkan jentera serangan bagi menghadapi saingan liga utama musim hadapan.
Walaupun Arsenal gagal layak ke kempen Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan, senario itu dikatakan tidak akan menjejaskan aktiviti Pengurus Arsenal Arsene Wenger mendapatkan pemain baharu dalam jendela perpindahan musim ini.
Lacazette telah menjaringkan 37 gol dalam 45 perlawanan bersama Lyon musim lalu dan masih terikat dengan kontrak dua tahun bersama Lyon. – MalaysiaGazette