MGNews : Saya Keluar UMNO Dahulu Kerana Tanah, Bukan UMNO Lemah – Syed Ali Alhabshee

Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang keluar UMNO pada 2018 mengesahkan beliau telah menyertai semula parti itu.

Beliau memberitahu ketika ini sedang menunggu surat rasmi permohonannya kembali ke UMNO diterima daripada Ibu Pejabat parti.

Syed Ali turut mengakui perasaan sayang masih kuat terhadap UMNO apatah lagi memimpin UMNO Bahagian Cheras selama 20 tahun.