Home Utama Zahid nyatakan kesetiaan kepada Anwar, berunding dengan DAP – Annuar Musa

Zahid nyatakan kesetiaan kepada Anwar, berunding dengan DAP – Annuar Musa

Annuar Musa

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, bukti hitam putih menunjukkan sokongan setia Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim serta rundingan yang dijalankan dengan DAP untuk membentuk satu gabungan.

Beliau merujuk surat Presiden UMNO itu kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan kesetiaan kepada Anwar sebagai calon perdana menteri yang tular beberapa bulan lalu.

Annuar juga mendakwa mempunyai bukti masa dan tempat rundingan yang berlangsung di antara Presiden UMNO dan DAP baru-baru ini.

Katanya, sokongan terhadap Anwar dah DAP itu bercanggah dengan konsensus yang dicapai oleh UMNO secara en-bloc iaitu No DAP, No Anwar, justeru Ahmad Zahid ternyata telah membelakangkan parti apabila berunding dengan kedua-dua pihak.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya.

Berita lanjut menyusul. — MalaysiaGazette

 

 

10 Komen

  1. Masuk jail lagi Sh*tlah…. Dia akan buat apa saja janji tak masuk jail. Ingatlah bro zahid yg pernah belajar kat sekolah agama Izzuddin shah, ipoh… Kau akan mati jugak. Kau tetap kena bicara kat pengadilan Allah diakhirat

  2. Masa konfrontasi Tun M vs Anwar, Zahid pun sokong Anwar tp teepaksa u turn sbb tahu Anwar susah menang.
    Skrang tak hairan jika Zahid kembali sokong Anwar. Dulu pun sebab kejar kuasa, kali ni pun sebab kejar kuasa. Maybe juga kejar kuasa dan masa utk elak dr kena hukuman mahkamah. Camni punya ketua pun ahli UMNO masih nak setia? Hahaha..

  3. Alahai..surat tu dah berapa kali Zahid & Najib nafikan..dah basi dah sejak Oktober lalu surat tu dah tersebar do media sosial..tak kan 2021 ko baru tahu? Ko tidor kah?? kalau ko betul2 ada prinsip, ko patut sukarela letak jawatan jaaa…ko pun dilantik oleh Pengerusi BN. Ni kau dah kena pecat…meroyan laaaa…bosan!

  4. Apa nuar musa ni? Mulut macam joyah tempayan la pulak.
    Meroyan melalut? Baru kena buang jawatan setiausaha kerja.
    Cuba check balik dari mana kekayaaaaaaan nuar musa ni dari mana? Semua hasil dari jawatan menteri sukan dan luar bandar dulu, sekarang nak serang orang sana sini pulak.
    Keluar la umno kan senang, masuk la bersatu atau pas!! Kau menang di ketereh tu pun sebab kem askar tu je yang bantu kau

  5. Jika UMNgOk join DAPigs, PPBM akan dapat LABA Besar bila ahli ahli UMNgOk akan beramai ramai masuk PPBM atau PAS. TSMY memang bijak sebab dia tahu Zaheed Komedi dan gang gang yg tengah kena dakwa Mahkamah akan kelam kabut nak buat pilihanraya awal!!

  6. memang Zahid ini anak didik Anwar Ibrahim..Tahun 1999 masih lagi ingat dimana beliau lah salah seorang yg memberi sokongan kpd Anwar Ibrahim sebelum diangkut .
    Ingat siapa ketua pemuda UMNO masa itu yg memberi sokongan kemudian buat u-turn.
    Tindakan beliau yg ugut kpd Ketua Bahagian yg tidak memberi sokongan untuk beliau jawatan Presiden UMNO .
    Pemilihan calon2 semasa pru14 walaupun bahagian serta ahli di akar umbi menolak calon2 tersebut terutama di negeri beliau tidak dilayan yg akhirnya melompat selepas pru14,
    Jika ada PAU memang ahli2 akan menolak beliau,

Comments are closed.