LONDON – Tottenham Hotspurs kini berpeluang sekali lagi untuk menamatkan kemarau piala mereka selepas mereka berjaya menewaskan Brentford 2-0 dalam aksi separuh akhir Piala Carabao, awal pagi tadi.
Wira Lilywhites itu hasil jaringan Moussa Sissoko pada minit ke-12 dan penyerang sensasi Son Heung-min pada minit ke-70.
Tottenham menunggu lawan dari pemenang satu lagi aksi separuh akhir di antara Manchester United dan Manchester City yang akan berlangsung awal pagi ini.
Mourinho kini berpeluang menamatkan kemarau 13 tahun Spurs tanpa piala utama.
Kali terakhir Spurs menang trofi adalah pada 2008 ketika menewaskan Chelsea dalam final Piala Carling di Wembley. – MalaysiaGazette