Home Nasional TUDM hantar bekalan makanan ke kawasan terjejas banjir di Temerloh

TUDM hantar bekalan makanan ke kawasan terjejas banjir di Temerloh

TUDM berjaya melaksanakan bekalan makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir di kawasan daerah Temerloh, Pahang hari ini.Foto Ihsan TUDM

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melakukan enam sortie penghantaran bekalan makanan dan barang keperluan asas ke kawasan terjejas teruk akibat banjir di sekitar daerah Temerloh, Pahang.

Bekalan seberat satu tan itu dihantar TUDM menggunakan pesawat EC725 AP dari No 10 Skuadron.

Bekalan makanan dan keperluan asas daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat seberat 1 tan ini telah dihantar ke lokasi-lokasi di daerah Temerloh seperti SK Lubuk Terua, SK Lanchang, IKTBN Lanchang dan SK Desa Bakti.

TUDM berjaya melaksanakan bekalan makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir di kawasan daerah Temerloh, Pahang hari ini. Foto Ihsan TUDM

Keadaan banjir di Kawasan Temerloh yang semakin merunsingkan sejak beberapa hari lalu menyebabkan banyak laluan di kawasan penempatan tidak boleh dilalui dan terputus hubungan laluan darat.

Penugasan yang mengambil masa hampir 3 jam bermula dari jam 10.20 pagi dan selesai sepenuhya pada jam 1.10 petang.

Pesawat yang melakukan misi bantuan bencana banjir itu dikendalikan oleh Mejar Nik Mohd Zaki Nik Mohd Amin selaku Komander pesawat dan dibantu oleh Pembantu Juruterbang, Leftenan Nor Hanani Saharudin.

TUDM berjaya melaksanakan bekalan makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir di kawasan daerah Temerloh, Pahang hari ini.Foto Ihsan TUDM

Anak kapal lain yang turut terlibat dalam misi bencana tersebut adalah Kuartermaster Udara, Pegawai Waran Udara II Farid Omar dan Sarjan Udara Jilvanio Stephanus serta anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU), Koperal Udara Mohd Afifi dan Koperal Udara Wilson a/k Dio. – MalaysiaGazette