PETALING JAYA – “SU (Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin) will issue a statement, we discussed so many things.”
Itu jawapan ringkas Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada wakil media selepas beliau selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di sini malam ini.
Perdana Menteri keluar dari Bangunan Yayasan Selangor yang menempatkan Ibupejabat Bersatu kira-kira 11.55 malam dan disorak oleh ahli-ahli parti yang menunggunya sebelum menaiki kenderaannya.
Muhyiddin enggan mengulas lebih lanjut intipati yang dibincangkan dalam mesyuarat yang bermula sejak 8.30 malam itu.
Terdahulu ketika beliau keluar dari lif, penyokong dan ahli-ahlinya yang berkumpul di lobi menyorak ‘Hidup Tan Sri’ berulang kali sebelum Muhyiddin memberi reaksi dengan melambai ke arah penyokongnya.
Difahamkan Hamzah yang turut menghadiri mesyuarat itu walaupun kehadirannya gagal dikesan di Yayasan Selangor sejak petang tadi.
Selepas itu kepulangan Muhyiddin, para pemimpin Bersatu lain juga mula meninggalkan Yayasan Selangor dan tidak ada seorang pun mahu mengulas mengenai mesyuarat.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika ditemui juga ‘mengunci mulut’.
“Kita bincangkan kepentingan rakyat, jangkitan Covid-19, masalah banjir dan sebagainya, jadi kita akan turun padang,” katanya ringkas.
Sebelum itu, mesyuarat MPT Bersatu dikatakan membincangkan isu semasa politik termasuk desakan akar umbi UMNO yang mahu menamatkan hubungan dengan parti itu pada PRU-15.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: