Home Dunia Hsien Loong ancam gazet rumah 38 Oxley Road

Hsien Loong ancam gazet rumah 38 Oxley Road

SINGAPURA – Lee Hsien Loong didakwa membuat ‘ancaman keras’ untuk mewartakan 38 Oxley Road sebagai monumen kebangsaan selepas kematian bapanya, Lee Kuan Yew.

Perkara itu didedahkan oleh adik perempuan Perdana Menteri Singapura, Dr Lee Wei Ling melalui Facebook beliau.

Wei Ling mendakwa ia berlaku selepas wasiat Kuan Yew dibacakan kepada keluarga dan tindakan Hsien Loong ‘sangat mengganggunya’.

“Dia sanggup melawan permintaan papa sebaik saja papa meninggal, dia seorang anak lelaki yang tidak jujur,” kata beliau.

Wei Ling, bersama saudara lelakinya, Lee Hsien Yang bertelagah dengan abangnya, Hsien Loong berhubung kediaman mendiang bapa mereka.

Kedua-dua adik beradik itu, Wei Ling dan Hsien Yang mahu memusnahkan rumah itu, mengikut wasiat Kuan Yew.

Bagaimanapun, mereka mendakwa Perdana Menteri Singapura itu mahu mengekalkan kediaman tersebut bagi tujuan politik.

Tegasnya, menggazetkan kediaman itu sebagai monumen negara akan memastikan ia terpelihara dan mengelakkan dimusnahkan.

Wei Ling menyifatkan abang dan kakak iparnya, Ho Ching cuba membina ‘kepercayaan keluarga Lee”.

Beliau mendakwa semasa o mengambil sabatikal pada tahun 2015 daripada kedudukannya sebagai Ketua Eksekutif Temasek Holdings, beliau telah menghabiskan masa di rumah Oxley Road, “mendapatkan jurugambar dari Kementerian Komunikasi dan Maklumat untuk merakam gambar dan melakukan katalog barang-barang yang akan dikemas oleh beliau ke dalam kotak plastik untuk dihantar ke stor.

Tindakan Ho itu didakwa cuba mengubah kediaman Oxley Road daripada kelihatan sedekad lalu.

“Beliau tidak ada hak untuk buat semua itu,” kata Wei Ling.

Kediaman 38, Oxley RoadDakwanya, Ho telah mengambil dan menyerahkan barang-barang dari rumah Oxley Road ke Lembaga Warisan Negara (NHB) untuk pameran Lee Kuan Yew, yang NHB pada mulanya menerimanya tanpa protes.

Namun kemudian, NHB diberitahu oleh Pejabat Perdana Menteri untuk menolak pameran tersebut – kerana Wei Ling dan Hsien Yang mahu wasiat ayah mereka supaya rumah itu dimusnahkan.

“Hsien Loong dan Ho Ching membuat saya marah. Mereka tidak amanah dan mengambil kesempatan daripada hakikat tidak ada yang berani mengkritik mereka kerana bertindak dengan tidak wajar,” kata Wei Ling. – MalaysiaGazette