Home Ekonomi Rawang, Cheras antara 10 kawasan kediaman popular tahun 2020

Rawang, Cheras antara 10 kawasan kediaman popular tahun 2020

KUALA LUMPUR – Johor Bahru (JB) mengungguli carta bagi kawasan yang mendapat carian tertinggi dalam tahun lalu, menurut iProperty.com.my.

Sembilan kawasan lain ialah Petaling Jaya, Shah Alam, Cheras, Damansara Heights, Ampang, Ipoh, Topicana, Rawang dan Kota Damansara.

Data yang diperoleh berdasarkan carian tertinggi oleh pengunjung yang melayari iProperty.com.my, sepanjang 12 bulan lalu.

Menurutnya, Johor merupakan pilihan tempat tinggal yang menarik bagi warga asing yang bekerja di Singapura, bagaimanapun, penutupan sempadan Johor-Singapura disebabkan wabak Covid-19 yang melanda telah membantutkan niat pembelian mereka.

Berdasarkan laporan separuh tahun pertama 2020 Portal Demand Analytics oleh iProperty.com.my, rumah teres merupakan satunya satunya yang kekal stabil dari segi median harga.

Bagi separuh tahun pertama ini, segmen rumah teres merekodkan perolehan modal sebanyak +4.97% dan harga median bagi sebuah rumah teres ialah RM360,000.

Petaling Jaya pula meningkat dari tangga keenam pada tahun lepas kepada tempat kedua pada tahun 2020, merupakan antara salah satu kawasan yang mendapat carian tertinggi dalam kalangan penyewa pada tahun 2020.

Ini didorong oleh kedudukan PJ yang berdekatan dengan KL dan pelbagai kemudahan yang sudah tersedia.

Menurutnya, Shah Alam pula merekodkan permintaan hartanah kediaman yang positif sebanyak 7.63%.

Cheras masih berada dalam lima tangga teratas bagi kawasan yang paling dicari oleh pembeli rumah dan pencari rumah sewa kerana akses paling mudah ke laluan rel utama.

Manakala jejiranan Damansara Heights atau Bukit Damansara turut dikenali sebagai Beverly Hills Malaysia menjadi pilihan kerana dipenuhi dengan deretan banglo, villa, dan juga kediaman mewah yang lain dengan median harga bagi sebuah banglo ialah RM 3.5 juta.
.
Ampang juga menjadi pilihan komuniti ekspatriat kerana kemudahan yang disediakan seperti sekolah antarabangsa, kemudahan perubatan swasta dan juga tempat-tempat hiburan.

Kawasan ini juga terletak berdekatan segitiga Kuala Lumpur dan jalan serta lebuh raya utama seperti Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, AKLEH dan MRR2.

Ampang juga disenaraikan sebagai salah satu kawasan rumah sewa di Malaysia yang paling tinggi cariannya pada
tahun 2020 dengan median harga bagi sebuah kondominium di Ampang ialah RM 1.15 juta.

Laman web hartanah itu turut mendedahkan Ipoh, ibu negeri Perak juga merupakan salah satu tarikan terbesar di Malaysia.

Berdasarkan senarai hartanah di iProperty.com.my, rumah-rumah teres di Ipoh dilengkapi kemudahan
tiga hingga lima bilik tidur serta berkeluasan dari 1,200 kps hingga 4,550 kps dengan median harga bagi sebuah
rumah teres di Ipoh pula ialah RM220,000.

Bukan itu sahaja, Ipoh juga menduduki tangga teratas bagi kawasan popular di Malaysia dengan hartanah di bawah RM500,000.

Dalam pada itu, harga yang lebih berpatutuan ini telah mendorong lebih ramai pembeli untuk berpindah ke Rawang. Bagi sebuah rumah teres di Rawang ialah RM289,000. – MalaysiaGazette