SINGAPURA – Pelabuhan Singapura telah dinobatkan buat kali ke-29 sebagai pelabuhan terbaik di Asia, menewaskan Hong Kong dan Shanghai.
Pengumuman itu dibuat pada Anugerah Pengangkutan Darat Asia, Logistik dan Rantaian Bekalan 2017 (AFLAS) kelmarin.
Menurut siaran media oleh Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA), Pelabuhan Singapura memenangi anugerah itu berdasarkan prestasi cemerlangnya dalam pelbagai kriteria.
Ini termasuk daya saing kos, rejim yuran yang mesra penghantaran, menyediakan infrastruktur yang berkaitan dengan perkapalan kontena yang sesuai serta pelaburan yang memiliki infrastruktur baharu untuk memenuhi permintaan masa depan. – MalaysiaGazette